Tengku Mahkota Kelantan ketuai konvoi hampir 3,000 motosikal

Foto RTM

KOTA BHARU, 26 September – Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan mengetuai konvoi hampir 3,000 motosikal berkuasa tinggi menerusi Program “Ride With Me 2.0”, di sini, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Konvoi dianjurkan sempena Malam Semarak Daulat bagi memperingati Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V ke-57.
  • Program disertai Wings Motor Gangs Society dan pelbagai kelab motosikal, menempuh laluan 24 kilometer dari RTC Tunjong ke Stadium Sultan Muhammad IV.
  • Sambutan di stadium menyajikan dikir barat, Tarian Tualang Tiga, Tarian Daulat Tuanku, pancaragam, nyanyian artis serta pertunjukan bunga api.

Konvoi itu diadakan sempena Malam Semarak Daulat Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-57.

Program disertai kumpulan Wings Motor Gangs Society serta pelbagai kelab motosikal lain melibatkan laluan sejauh 24 kilometer bermula dari RTC Tunjong dan berakhir di Stadium Sultan Muhammad IV.

Program berkenaan bukan sahaja menjadi wadah menghimpunkan komuniti permotoran, malah menyemarakkan perpaduan serta mengeratkan hubungan raja dengan rakyat.

Selain konvoi motosikal, sambutan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV dimeriahkan dengan pelbagai persembahan tradisional Kelantan termasuk dikir barat dan tarian kebudayaan antaranya Tarian Tualang Tiga dan Tarian Daulat Tuanku.

Turut diadakan, persembahan pancaragam, nyanyian artis tanah air serta pertunjukan bunga api.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.