fb fb fb fb fb

Malaysia kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh

Foto AFP

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serta menggesa siasatan segera dan menyeluruh dibuat terhadap pembunuhan Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan pengawal peribadinya, hari ini.

Wisma Putra dalam kenyataannya berkata mereka yang bertanggungjawab dalam perkara itu perlu dibawa ke muka pengadilan.

"Malaysia sentiasa berdiri teguh bersama rakyat Palestin, serta menegaskan komitmen untuk menyokong perjuangan mereka bagi keadilan dan penentuan nasib sendiri.

"Peranan serta sumbangan Haniyeh juga akan terus diiktiraf dalam usaha membebaskan Palestin dan rakyatnya daripada penjajahan haram Israel," menurut kenyataan itu.

Wisma Putra turut memaklumkan, semua ahli delegasi Malaysia yang terlibat dalam Majlis Perasmian Presiden Republik Islam Iran yang berada di Tehran ketika ini selamat.

Ini termasuk Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

BERITA BERKAITAN:

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM