JOHOR BAHARU, 14 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan Malaysia menjadi negara pembuat atau pengeksport dadah.
Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil tangkapan dan sitaan pihaknya ke atas makmal dadah di negara ini mendapati premis terbabit beroperasi dalam jumlah yang kecil, sedikit dan hanya untuk pasaran tempatan.
Namun Razarudin tidak menafikan negara ini sering dijadikan hub dadah oleh kartel dan pengedar dadah yang membawa masuk bahan terlarang tersebut melalui sempadan negara sebelum diedar ke negara ketiga.
"Ada juga pengedar-pengedar yang mengedar dadah ini ke Australia, New Zealand, Korea Selatan, Negara ketiga itu, saya mengaku benda itu memang berlaku.
"Tetapi sebagai kita pengeksport seolah-olah kita ini keluarkan dadah itu tidak benar. Saya bagitau bahawa kita tidak akan berkompromi mana-mana juga kartel termasuk anggota kita termasuk penjawat awam yang mana terlibat dengan dadah, yang melindungi kita akan mengambil tindakan", katanya demikian selepas majlis penerimaan rasmi empat Bot Polis Marin, Police Strike Craft Rigid Hull ASSAULT Boat ( RHAB) yang baharu di sini.
Perolehan aset berkenaan akan memantapkan penugasan dan menjaga keselamatan di perairan negara