Ukraine perlukan hampir AS$1 bilion pulih sektor tenaga

Perdana Menteri Ukraine Yuliia Svyrydenko berucap pada Persidangan Kumpulan Penyelarasan Tenaga Ukraine di Kiev, Ukraine/Foto REUTERS

KIEV, 27 April – Ukraine memerlukan hampir AS$1 bilion dana tambahan bagi membaik pulih serta memperkukuh sistem tenaga negara itu menjelang musim sejuk akan datang.

RINGKASAN BERITA AI
  • AS$158 juta diperlukan segera untuk menampung kerja pembaikan yang sedang dijalankan.
  • Pembinaan semula sudah bermula pada kira-kira 80 peratus kemudahan tenaga utama yang rosak.
  • Ukraine memerlukan tambahan kapasiti penjanaan sebanyak 6.5 gigawatt bagi menghadapi musim sejuk.
  • Persidangan di Kiev menyelaras sokongan, menetapkan keutamaan dan menghimpunkan rakan antarabangsa serta pengawal selia nuklear.

Perdana Menteri Ukraine, Yulia Svyrydenko berkata, daripada jumlah itu, AS$158 juta diperlukan segera bagi menampung kerja pembaikan yang sedang dijalankan.

Beliau berkata, pembinaan semula sudah bermula di kira-kira 80 peratus kemudahan tenaga utama yang rosak akibat serangan Russia.

Menteri Tenaga, Denys Shmyhal pula berkata Ukraine memerlukan tambahan kapasiti penjanaan sebanyak 6.5 gigawatt bagi menghadapi musim sejuk akan datang.

Menurutnya, sebanyak 4.5 gigawatt dijangka dipulihkan menerusi kerja pembaikan, manakala kira-kira dua gigawatt lagi akan ditambah melalui penjanaan teragih dan tenaga boleh diperbaharui.

Perkara itu dibincangkan dalam Persidangan Kumpulan Penyelarasan Tenaga Ukraine di Kiev yang menghimpunkan pegawai kanan Ukraine, Kesatuan Eropah, rakan antarabangsa serta pengawal selia nuklear.

Persidangan itu bertujuan menyelaras sokongan dan menetapkan keutamaan bagi memperkukuh sistem tenaga Ukraine menjelang musim sejuk 2026/2027. – REUTERS