KUALA LUMPUR, 11 Mac- Polis Diraja Malaysia (PPDRM) bersedia untuk menjadikan Maktab PDRM di Cheras sebagai hab pembelajaran dan penyelidikan keselamatan siber dan pencegahan penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu antara usaha PDRM menangani jenayah itu.
"Pihak kami, pihak PDRM telah bincang dengan Datuk Seri Menteri, kita hendak meletakkan Maktab PDRM ini sebagai satu hab, satu pembelajaran jenayah siber, dark web, deep web dan juga narkotik. Narkotik ini, kita hendak sehingga pihak kita, kita punya pakar analisis yang kita telah pun hantar ke UKM ini, dia boleh mengkaji, bila dia kaji substance dia tahu, ini dari Laos, yang ini adalah buatan tempatan, yang ini daripada Guatemala, yang ini daripada Mexico, sehingga peringkat itu kita hendak", katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Sesi Dialog Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2024 di Maktab PDRM, di Cheras.
Razarudin berkata sekiranya langkah yang perlu tidak diambil mengikut perkembangan semasa, jenayah siber dan narkotik dikhuatiri menjadi lebih serius.