fb fb fb fb fb

MAINJ kutip zakat bernilai RM298.32 juta, setakat Oktober 2023 - Exco

Foto BERNAMA

KOTA ISKANDAR, 30 November- Kerajaan Johor menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerima kutipan zakat sebanyak RM298.32 juta sehingga Oktober lalu, kurang RM60.04 juta daripada sasaran RM358.36 juta kutipan zakat bagi tahun ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata sebanyak RM283 juta daripada jumlah berkenaan telah diagihkan kepada lapan pecahan asnaf yang layak.

MAINJ sentiasa komited dalam usaha memberi pemahaman kewajipan berzakat selain memperbanyakkan kaedah saluran bayaran secara fizikal dan dalam talian.

"Pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) melantik beberapa rakan kutipan zakat bagi tujuan dakwah dan menerima zakat bagi pihak MAINJ seperti Amil Zakat Harta, Amil Zakat Korporat & Amil Zakat Institusi.

Setakat ini 2,170 amil telah dilantik meliputi amil fitrah, amil harta, amil agihan dan amik korporat," kata Mohd Fared kepada pemberita, di sini

Sementara itu, MAINJ juga melaksanakan program Barakah Zakat bagi memberi pendedahan kepada masyarakat sehingga Disember ini.

Pelbagai pengisian dilakukan termasuk turun padang untuk memberi penerangan zakat secara terus kepada individu selain kerjasama dengan pihak universiti bagi memberi penerangan khusus kepada kakitangan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM