Kebakaran belukar di barat Los Angeles cetus amaran pemindahan

Foto AFP

LOS ANGELES, 16 Oktober –Penduduk di kawasan pergunungan di barat Los Angeles, Amerika Syarikat, diarahkan berpindah pada Khamis susulan kebakaran belukar yang berisiko merebak dengan pantas akibat tiupan angin kencang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran dinamakan Bryson Fire.
  • Dilaporkan bermula pada pukul 5.00 petang waktu tempatan.
  • Menurut CAL FIRE, kebakaran merebak sekitar 41 hektar setakat 6.30 petang.

Kebakaran yang dinamakan Bryson Fire itu mula dilaporkan pada pukul 5.00 petang waktu tempatan.

Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (CAL FIRE), kebakaran berkenaan merebak sehingga kira-kira 41 hektar setakat pukul 6.30 petang Khamis. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.