fb fb fb fb fb

LIMA'25: RM11 bilion diperuntuk, perkukuh pertahanan negara

Foto KEMENTERIAN PERTAHANAN

LANGKAWI, 22 Mei - Sebanyak RM11 bilion bakal diperuntuk bagi memenuhi keperluan pertahanan negara.

Ia melibatkan perolehan aset strategik untuk pertahanan darat, maritim, udara, sekuriti siber dan kemudahan serta kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu dimeterai pada Majlis Menandatangani dan Serahan Kontrak Perolehan, Surat Niat dan Memorandum Persefahaman bersempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25).

"Pecahan perbelanjaan ini dibahagikan kepada lima perkara utama iaitu perolehan aset-aset strategik untuk pertahanan darat SPK_1 Maritim, iaitu laut, udara, sekuriti siber dan kelima kemudahan kebajikan Angkatan Tentera Malaysia."

"Sebentar tadi, 85 Surat Setuju Terima kontrak, beberapa surat niat serta enam Memorandum Persefahaman telah ditandatangani dan diserahkan," jelas beliau pada Majlis Menandatangani dan Serahan Kontrak Perolehan, Surat Niat dan Memorandum di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi (MIEC).

Katanya, perolehan yang dibuat bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan aset pada tahap tertinggi bagi memperkukuh kedaulatan negara.

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI