Malaysia antara negara ASEAN terjamin bekalan minyak, gas – PM

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 4 Mei– Malaysia kekal sebagai antara negara ASEAN yang mempunyai jaminan bekalan minyak dan gas, meskipun berdepan tekanan kenaikan harga di peringkat global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan komited mengekalkan subsidi petrol RON95 pada RM1.99 seliter untuk melindungi majoriti rakyat daripada kesan kenaikan harga dunia.
  • Dasar sedia ada diteruskan sebagai keutamaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat tidak terjejas oleh ketidaktentuan ekonomi global.
  • Bekalan tidak menjadi masalah, tetapi kerajaan perlu mengawal kenaikan harga akibat tekanan pasaran global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited mengekalkan subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter bagi melindungi majoriti rakyat daripada impak lonjakan harga dunia.

Menurut beliau, langkah tersebut merupakan keutamaan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat tidak terjejas oleh ketidaktentuan ekonomi global.

“Kita agak nasib baik Malaysia di antara negara ASEAN yang terjamin bekalan minyak dan gasnya, semalam Tan Sri Mohd Hassan Marican (Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis MTEN) bagi maklumat terkini dari Petronas mengenai usaha-usaha kita.”

“Jadi dari segi bekalan (tiada masalah) tapi harga meningkat. Ini bukan masalah yang berpunca dari kita tapi yang berlaku dan sekarang yang harus kita kawal.”

“Sebab itulah maka kita terpaksa berdepan dengan harga minyak di Malaysia, namun Malaysia masih pertahankan RON95,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), hari ini.

Tambah beliau, walaupun pasaran global memberi tekanan hebat terhadap struktur harga minyak domestik, dasar sedia ada akan diteruskan bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.