fb fb fb fb fb

Lelaki maut dalam kemalangan sembilan kenderaan

FOTO JBPM Negeri Sembilan

SEREMBAN, 18 September- Seorang lelaki maut manakala tiga wanita cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan di persimpangan memasuki Jalan Lingkaran Tengah Seremban berdekatan Stesen Minyak Caltex, Rahang, petang tadi.

Menurut pegawai berugas daripada Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Negeri Sembilan, lelaki berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat tersepit dalam kereta yang dihempap sebuah lori membawa muatan batu.

Nahas yang berlaku kira-kira pukul 1.28 petang itu, membabitkan dua buah lori yang membawa muatan batu dan tujuh buah kereta.

Tiga lagi mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan polis untuk tindakan selanjutnya.  

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE