fb fb fb fb fb

Lelaki lari daripada ditahan polis ditemukan maut di Sungai Padang Terap

Foto RTM

POKOK SENA, 5 Ogos-Seorang lelaki yang lari daripada ditahan polis ditemukan mati lemas di Sungai Padang terap dekat Kampung Empa, di sini semalam (Isnin).

Mayat mangsa berusia 34 tahun itu  ditemui kira-kira pukul 1.40 tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad berkata mayat mangsa ditemukan dua kilometer dari lokasi terakhir  mangsa dipercayai tenggelam.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.
 
Kes disiasat sebagai mati mengejut sehingga laporan penuh bedah siasat diperolehi.
 
Operasi mencari dan menyelamat sebelum itu menggunakan khidmat Pasukan Penyelamat Di Air PPDA, Jabatan Bomba dan Penyelamat  yang membuat selaman dan berjaya mengesan mangsa.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD