fb fb fb fb fb

TVET: Lebih ramai pelajar Malaysia akan dihantar ke luar negara

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

TOKYO, 18 Februari- Kerajaan bercadang menghantar lebih ramai pelajar Malaysia mengikuti pengajian Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di luar negara termasuk Jepun.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu selaras dengan hasrat kerajaan memperkasa sektor TVET dalam negara.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata kerajaan juga akan mempertimbang untuk menambah elaun sara hidup pelajar yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut.

“Sebahagian besar daripada 58 peratus pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik mereka harus diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan dan teknikal di bawah program Majlis TVET Negara”, katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama 66 pelajar Malaysia di Jepun.

Dalam usaha memperkukuhkan sektor TVET, beliau berkata Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) akan ditransformaikan menjadi universiti TVET utama di Malaysia. Ia sempena lawatan kerja selama tujuh hari bermula semalam ke negara matahari terbit itu.

Dalam perkembangan sama, beliau juga mahu ibu bapa dan masyarakat mengubah persepsi bahawa kursus TVET hanya untuk pelajar tercicir melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik.

Hala tuju TVET baharu akan diumumkan pada 2 Jun nanti sempena Hari TVET Negara. 

ROSLINA BINTI DIN