fb fb fb fb fb

Lebih 1,642 penduduk terjejas banjir di enam negeri masih berlindung di PPS.

KUALA LUMPUR, 21 November- Seramai 1,642 penduduk di enam negeri terjejas banjir masih berada di 28 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 10.00 pagi ini.

Enam negeri terlibat ialah Johor, Kelantan, Melaka dan Selangor, Perak dan Sarawak

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mereka yang terjejas daripada 466 buah keluarga.

Perak masih merekodkan jumlah penduduk paling ramai dipindahkan iaitu 841 daripada 235 keluarga.

Kesemua mereka berlindung di sembilan PPS.


(Foto fail)

Sementara itu, di Selangor, sebanyak 12 PPS dibuka dengan menempatkan 565 penduduk daripada 21 keluarga.

Manakala di Johor, seramai 179 penduduk daripada 47 keluarga ditempatkan di empat PPS.

Di negeri Melaka dan Kelantan pula, hanya satu PPS dibuka bagi menempatkan masing 24 dan 30 orang penduduk terjejas.

Hanya satu PPS juga beroperasi di Sarawak yang menempatkan 3 penduduk terjejas.

Media Baharu