fb fb fb fb fb

Lawatan Anwar ke Uzbekistan, perkukuh hubungan dua hala

Anwar turut akan diraikan dalam majlis makan malam rasmi yang dihoskan Presiden Uzbekistan.

TASHKENT, 17 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Uzbekistan bersempena lawatan sulung beliau ke negara Asia Tengah itu.

Perdana Menteri yang tiba di Kediaman Presiden Kuksaroy pada pukul 4.00 petang waktu tempatan, disambut Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev.

Lawatan di atas undangan Mirziyoyev itu disifatkan penting bagi memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia-Uzbekistan.

Anwar bersama delegasi Malaysia juga akan mengadakan pertemuan bersama Mirziyoyev, selain menandatangani kenyataan bersama dan mengadakan sidang media.

Anwar turut akan diraikan dalam majlis makan malam rasmi yang dihoskan Presiden Uzbekistan.

Artikel Berkaitan:
PM tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM