fb fb fb fb fb

Kursi Tun Dr Ismail diwujudkan di UKM

PUTRAJAYA, 2 Ogos- Kerajaan Perpaduan bersetuju mewujudkan Kursi Tun Dr. Ismail di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menghargai legasi kepimpinan dan cetusan pemikiran Allahyarham yang bertunjangkan perpaduan dan integrasi kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu kenyataan menjelaskan, usaha dan pengiktirafan itu bertujuan memberi ruang kepada generasimuda dan penerus untuk menyemangati sumbangan pahlawan bangsa dan negarawan ulung, Tun Dr. Ismail Al-Haj dalam aspekperpaduan dan penyatuan kaum.

Anwar berharap dengan adanya kursi itu, lebih banyak penyelidikan dapat diwacanakan dalam pelbagaibidang sosioekonomi, pentadbiran dan kenegaraan.


(Kursi Tun Dr Ismail diwujudkan di UKM)

Media Baharu