fb fb fb fb fb

KPWKM perhebat Program KASIH Kanak-Kanak di sekolah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri/ BERNAMA

GEORGE TOWN, 28 Mei- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memperhebat Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak: KASIH Kanak-Kanak di sekolah-sekolah, ekoran mendapat sambutan yang positif.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, program tersebut telah dirancang di 300 sekolah, namun pihaknya terus mendapat permintaan daripada sekolah-sekolah lain.

""Setakat ini ramai juga terutama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang minta supaya kami mengadakan di sekolah mereka kerana impaknya sangat baik kepada kanak-kanak dan (kami) akan laksanakannya mengikut jadual yang kita tetapkan, bermakna ia popular", katanya.

"Tempatnya kecil, jadi ia tidak dapat memenuhi mana yang kita telah rancang gandingkan sekolah rendah dan menengah ataupun sekolah-sekolah lain berdekatan tidak dapat kerana tidak ada kemampuan untuk memberi ruang untuk mereka bersama menganjurkan program itu", katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Serantau 2024 mengenai Pembangunan Awal Kanak-Kanak di George Town.

Tambah beliau, program ini akan diteruskan di lapan negeri antaranya, Pulau Pinang, Perlis dan Johor pada tahun hadapan.

Program ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai hak dan cara mendapatkan bantuan menerusi Talian Kasih 15999.

ROSLINA BINTI DIN