fb fb fb fb fb

KPM teliti isu ketidakhadiran calon SPM tahun lalu

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Tumpuan khusus akan diberikan terhadap isu ketidakhadiran calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun lalu.

Jelas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin langkah itu bagi mengelak isu keengganan pelajar menduduki peperiksaan berulang.

(Mohd Radzi Md Jidin)

Satu laporan terperinci mengenainya juga sedang dilaksana untuk mengenal pasti faktor penyumbang permasalahan tersebut.

"Kita tahu banyak perkara yang menyumbang kepada keputusan calon untuk tidak menduduki peperiksaan daripada dulu lagi lebih kurang trend dia, cuma kali ini kita nak buat lebih perincian analisa.

"Ini supaya kita dapat cerakinkan apakah perkara yang menjadi faktor penyumbang untuk kita memastikan satu pendekatan lebih menyeluruh dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-66 Dewan Bahasa dan Pustaka, DBP dan pelancaran Jendela DBP, di sini hari ini.

Media Baharu