fb fb fb fb fb

KPM pertingkat kesiapsiagaan hadapi banjir

Foto BERNAMA

KUALA NERUS, 12 Oktober - Jawatankuasa banjir di peringkat negeri sudah diaktifkan bagi memperkukuh kesiapsiagaan dalam menghadapi banjir.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata segala perancangan sudah diatur bagi memastikan semua yang terlibat mampu menangani banjir dengan lebih baik.

Bahkan, pelan alternatif bagi sekolah berisiko atau terkepung juga sudah disediakan, termasuk persiapan bagi peperiksaan yang berlangsung semasa tempoh banjir.

"Di peringkat negeri, kita telah mengaktifkan jawatankuasa banjir di peringkat jabatan pendidikan negeri dan kalau berlaku insiden berkaitan banjir, kita mampu menangani, termasuk memastikan sekolah-sekolah terlibat yang dijadikan pusat penempatan banjir bersedia sepenuhnya untuk menyantuni warga tempatan yang ditempatkan di situ.

"Begitu juga dengan sekolah-sekolah yang mungkin terlibat dengan banjir, kita telah bersedia berkaitan proses pembelajaran dan pengajaran yang akan dikendalikan mengikut kaedah-kaedah tertentu," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Negeri Terengganu, di sini.

Sebanyak 401 buah sekolah telah dikenal pasti untuk dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

65 buah sekolah pula dikenal pasti berisiko dilanda banjir.

Met Malaysia telah mengeluarkan amaran banjir berikutan peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku lebih awal pada tahun ini.

Trainee2