fb fb fb fb fb

KPM pastikan SK Jeram beroperasi seperti biasa

Foto FB Wong Kah Woh

KUANTAN, 10 Jun- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah segera bagi memastikan pengoperasian Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka berjalan seperti biasa, meskipun berlaku kekurangan guru serta kakitangan sekolah yang terlibat kemalangan bas, semalam.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, pengoperasian sekolah berkenaan kini berjalan seperti biasa dengan dibantu dan dipantau oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah.

"Jadi pihak PPD memberikan bantuan kepada pihak sekolah untuk mengaturkan daripada segi jadual masa dan juga pengoperasian sekolah..jadi daripada segi itu tidak ada masalah," katanya selepas melakukan lawatan kepada warga SK Jeram yang masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Tambah Beliau, bantuan awal daripada segi kaunseling juga telah digerakkan bagi mereka yang sudah pulang ke rumah yang berkemungkinan mengalami trauma dan sebagainya.
 
Dalam lawatan itu, beliau menziarahi kelima-lima mangsa termasuk seorang daripadanya yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
 
Setakat ini, empat mangsa terkorban dalam nahas tersebut iaitu Penolong Kanan SK Jeram, Hasnatul Adilah Hassan, 48; kelindan bas, Hadi Asyraf Mad Idris, 29, pembantu operasi sekolah, Hamzah Ahmad, 60 dan guru, Dahlia Ahmad berusia 52 tahun.
 
Dalam nahas terbabit, bas yang membawa 37 penumpang dan dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Berita Berkaitan:  

 

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM