fb fb fb fb fb

Dua maut, 37 cedera bas bawa rombongan guru rempuh treler

Kemalangan melibatkan sebuah bas membawa rombongan guru dengan sebuah treler di Jalan Bahau-Keratong di Rompin awal pagi tadi/Foto Bomba

ROMPIN, 9 Jun - Dua maut manakala 37 yang lain cederea dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di sini, awal pagi tadi.

Mangsa seorang wanita yang juga merupakan guru berusia 48 tahun manakala pemandu kedua seorang lelaki meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Nor Azman Yusof berkata kemalangan yang berlaku kira-kira 12.40 pagi itu membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka menuju ke Terengganu.

"Hasil siasatan awal, bas persiaran itu datang dari arah Seremban menghala ke arah Kuantan gagal memberhentikan kenderaan lalu merempuh sebuah lori treler yang menghala ke arah Segamat.

"Pemandu bas itu telah hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi sebelum terbalik di cerun jalan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, semua mangsa di dalam bas telah dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Siasatan di bawah Seksyen 41 kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebakan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Polis daerah Rompin meminta saksi yang menyaksikan kemalangan supaya menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nurul Iffah Kamaruddindi talian 019-9169509 atau mana-mana balai polisyang berhampiran bagi membantu siasatan.

GRACE AISYAH KEDAYAN