fb fb fb fb fb

Nahas Bas Rompin: Mangsa ke-4 selamat di kebumi di Masjid Tanah

Allahyarhamah Dahlia Ahmad, 52 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tuang 3, Masjid Tanah, Melaka.

MASJID TANAH, 10 Jun- Mangsa keempat kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalanan Kuantan-Segamat, selamat dikebumikan pada pukul 10.50 pagi ini.

Allahyarhamah Dahlia Ahmad, 52 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tuang 3, Masjid Tanah, Melaka.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan malam tadi, ketika sedang menerima rawatan. 

Kira-kira 200 orang hadir di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tuang, Masjid Tanah.

Arwah yang mengajar subjek Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Jeram meninggalkan lima orang anak berusia 23 hingga 14 tahun dan suami berusia 56 tahun.

Insiden tersebut turut mengorbankan tiga mangsa lain, guru, Hasnatul Adilah Hassan, 48, kelindan bas, Hadi Asyraf Mad Idris, 29, dan Pembantu Operasi, Hamzah Ahmad, 60.

Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

ROSLINA BINTI DIN