fb fb fb fb fb

TH pantau operasi 25 syarikat PJH

Foto hiasan/Foto RTM

MEKAH,10 Jun-Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa memantau 25 syarikat pelancongan yang diberikan lesen sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Ini bagi memastikan semua jemaah yang menggunakan PJH mendapat perkhidmatan terbaik setimpal dengan bayaran yang diberikan.

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji, Anuar Ahmad berkata, pemantauan terhadap kesemua PJH bermula dari tanah air lagi. 

Kesemua yang dilesenkan perlu melalui tapisan ketat termasuk mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan berpengalaman mengendalikan umrah sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut.

"Ketibaan jemaah haji sahaja kita kena tengok maksudnya bermula dari mereka turun bas sampai mereka naik ke tempat penginapan masing masing, pergerakan, bermakna setiap PJH mesti ada petugas yang menyambut mereka.

"Jumlah penginapan yang banyak lebih 30 buah bangunan penginapan memerlukan perancangan yang rapi supaya semuanya dapat dipantau, semuanya dapat dikendalikan dengan baik",katanya kepada Petugas Media TH di Ibu Pejabat TH di sini.

Harga yang ditawarkan menerusi perkhidmatan pakej bermula dari RM50,000 hingga lebih RM200,000

Hampir 26 peratus daripada keseluruhan 31,600 jemaah memilih menggunakan perkhidmatan disediakan PJH bagi musim haji tahun ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD