Tiada perubahan seragam sekolah untuk sesi 2026

KUALA LUMPUR, 2 Januari – Tiada perubahan pada pakaian seragam sekolah murid untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada perubahan pada pakaian seragam sekolah untuk sesi persekolahan 2026.
  • Penyelarasan pakaian masih dalam peringkat kajian dan belum diputuskan.
  • Keputusan akhir dijangka dibuat selepas kajian rapi untuk pelaksanaan 2027.
  • KPM akan memaklumkan keputusan awal kepada ibu bapa dan pihak berkepentingan.

Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan, penyelarasan pakaian seragam sekolah masih berada diperingkat kajian.

“Keputusan akhir hanya akan dibuat selepas penilitian rapi semua aspek berkaitan untuk pelaksanaan pada Sesi Persekolahan Tahun 2027.

“KPM memberi jaminan bahawa sebarang keputusan mengenainya akan dimaklumkan lebih awal kepada ibu bapa dan semua pihak berkepentingan,” menurut kenyataan itu.

Cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah bertujuan untuk mewujudkan kebersamaan dan semangat perpaduan dalam kalangan murid.

Selain itu ia dapat menangani isu beban kewangan persediaan persekolahan yang dihadapi ibu bapa.