fb fb fb fb fb

Sambutan ulang tahun DK Bikes meriah, harmoni dihadiri 300 peminat motor besar

Kemeriahan sambutan ulang tahun kedua DK Bikes

KUALA LUMPUR, 11 Jun- Dewasa ini, pelbagai cara digunakan untuk merapatkan jurang dan menyatupadukan rakyat, apalagi Malaysia adalah negara berbilang kaum.  Kelab permotoran misalnya, antara contoh terbaik ejen perpaduan yang semakin mendapat perhatian. Baru-baru ini, hampir 300 peminat motosikal berkuasa tinggi berkumpul bagi meraikan ulang tahun ke-2 DK Bikes Sdn Bhd.

Sambutan ulang tahun kedua itu bukan sahaja telah berjaya mencipta suasana harmoni berbilang kaum dan agama malah telah berjaya menyatu padukan pencinta motosikal itu.

Pengarah urusannya, Datuk Kamaruddin Mohamed berkata misinya misinya untuk menyatukan komuniti motosikal ikonik itu selain mengembangkan rangkaian perniagaan menerusi aktiviti permotoran dan rekreasi.

"Misi saya buka 'show room' ini adalah sebagai 3s iaitu sales, service and spare part (jualan, perkhidmatan dan alat ganti) supaya pelanggan-pelanggan saya tidak takut untuk membeli motosikal, sekiranya ada kecemasan, saya sudah ada perkhidmatan ini serta beri peluang kepada anak-anak muda di luar sana yang berminat dalam bidang automotif.

"Jadi kami amat mengalu-alukan peminat atau penggemar baharu, sedikit sebanyak bila saya buat benda ini, dapat menjana ekonomi negara,"katanya.

Selain melebarkan sayap perniagaan, DK Bikes turut membuka peluang pekerjaan kepada generasi muda yang berminat dalam bidang automotif khasnya, permotoran.

Katanya lagi, sambutan ulang tahun itu berjaya mencipta suasana harmoni dalam kalangan pencinta motosikal merentasi kaum dan agama.

Perhimpunan tersebut telah diadakan di galeri pameran DK Bikes di ibu negara. Selaku pengedar jenama Harley Davidson Import terpakai DK Bikes menawarkan variasi pilihan motosikal jenama dari Amerika Syarikat.

Kejayaan sambutan pada kali ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang selain disertai dengan pelbagai aktiviti permotoran yang sihat.

1106 RIDER BK ANNI2Datuk Kamaruddin Mohamed menyampaikan ucapan pada
majlis sambutan ulang tahun DK Bikes, baru-baru ini

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE