LANGKAWI, 1 Januari - Pulau Langkawi yang merupakan antara 52 pintu masuk ke Malaysia hari ini menerima kehadiran pelancong asing dengan meriah.
Sambutan ketibaan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) di pulau itu bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Ketibaan pesawat dari Singapura dan Bengarulu, India menjadi pelawat terawal yang tiba di pulau itu.
Kehadiran mereka disambut meriah oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Keusahawaan Negeri Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin serta Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa Asia Tenggara, Baizuri Baharum.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Datuk Seri Iskandar Mohd Kaus.
Sambutan kemudiannya diteruskan di Terminal Feri Penumpang Jeti Kuah, menyambut ketibaan feri dari Koh Lipe, Thailand.
Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan juga kehadiran maskot TMM 2026, Wira dan Manja.
