fb fb fb fb fb

Kemalangan bas: Pelaksanaan rombongan program ikut SOP ditetapkan

KUANTAN, 9 Jun- Rombongan sekolah membawa guru dan pelajar yang terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah, Rompin, awal pagi tadi disifatkan satu kehilangan besar buat warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan dan Professionalisme), Shafruddin Ali Hussin berkata pelaksanaan rombongan program penanda aras itu adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Cikgu rasa kematian ini memang mengejutkan bagi kita di KPM... merupakan satu kerugian, tetapi bila cikgu semak semua SOP telah dipatuhi maksudnya tatacara kelola untuk mengadakan lawatan penanda aras itu telah dipatuhi.

"Mereka sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk mendapatkan ilmu.. itu yang cikgu kagum, bahkan cikgu difahamkan mereka sangat teruja untuk pergi ke sekolah itu kerana baharu memenangi Anugerah Khas DUTA 2023 berkaitan digital," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu katanya, KPM telah mengarahkan agar semua Jabatan Pendidikan Negeri mengadakan solat hajat secara serentak bermula malam ini, selain akan menghantar guru kaunseling kepada mangsa kemalangan yang trauma akibat kemalangan itu. 

Artikel Berkaitan:
Nahas bas: Jenazah pembantu operasi sekolah dibawa keluar dari bilik mayat
Nahas bas Rompin: Kerajaan Melaka beri bantuan pengurusan jenazah
Dua maut, 37 cedera bas bawa rombongan guru rempuh treler



 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM