fb fb fb fb fb

Nahas bas rombongan guru: KKR teliti aspek keselamatan Jalan Kuantan-Segamat

Ahmad Maslan

PETALING JAYA, 10 Jun- Kementerian Kerja Raya (KKR) akan meneliti aspek keselamatan di Jalan Kuantan-Segamat yang mengorbankan empat nyawa dalam kemalangan bas membawa rombongan guru pada awal pagi Ahad lepas.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya akan melakukan penambahbaikan, jika kejadian tersebut berpunca daripada masalah kerosakan jalan.

Katanya, melalui data Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), 80 peratus punca kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian pemandu, 13 peratus masalah jalan, manakala tujuh peratus lagi berpunca keadaan kenderaan tidak diselenggara atau rosak.

"Kita akan meneliti apa yang berlaku, jika puncanya adalah disebabkan oleh permukaan jalan ataupun kerosakan jalan, ataupun silap di mana-mana tentang jalan, itu memang tanggungjawab kami," katanya.

Beliau ditemui pada pelancaran sesi Meja Bulat Pengurusan Aset 2024/2025 dan Hari Penyelenggaraan Global di UEM Edgenta Learning Centre, di sini hari ini.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA