fb fb fb fb fb

KPDNHEP pantau penjualan jersi tiruan sempena Piala Dunia

PUTRAJAYA, 15 November- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan pemantauan ke atas penjualan jersi tiruan di seluruh Negara.

Ia bersempena kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 yang bakal berlangsung pada 20 November sehingga 18 Disember 2022.

Berdasarkan statistik penguatkuasaan berhubung pakaian tiruan yang dilakukan di seluruh negara sejak lima tahun kebelakangan ini bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Oktober 2022, sebanyak 526 kes telah dihasilkan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM11.6 juta.


(Foto ihsan KPDNHEP)

Tindakan penguatkuasaan melibatkan pelbagai jenis barangan lain juga dijalankan antaranya melibatkan makanan, minuman, kosmetik, bahan petroleum, barang elektrik, alat ganti kenderaan, alat komunikasi, perkakasan komputer dan sebagainya.

KPDNHEP sentiasa menjalinkan kerjasama dengan pemilik cap dagang berdaftar bagi memastikan setiap aduan dan tindakan penguatkuasaan yang diambil di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan termasuklah aktiviti penjualan barang tiruan yang dilakukan secara dalam talian.

Mana-mana orang yang didapati melakukan kesalahan dengan menjalankan aktiviti penjualan barangan tiruan boleh diambil tindakan dan disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun bagi perseorangan.

Manakala bagi suatu pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan yang disyaki tiruan.

Media Baharu