fb fb fb fb fb

KPDNHEP komited ambil tindakan tegas kes seleweng minyak masak bersubsidi

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Sehingga kini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP telah mengadakan pemantauan di 278 syarikat pembungkusan semula minyak masak subsidi.

Daripada pemantauan tersebut, 15 syarikat telah gantung lesen kerana didakwa terbabit menyeleweng bekalan minyak masak bersubsidi.

Jelas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, 24 kes yang berkaitan juga telah dibawa ke Mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

"Kita rasa agak terkilan apabila kita dapat maklumat bahawa minyak ini berada di luar negara, penduduk luar negara dapat membeli minyak ini dengan mewah.

"Tetapi rakyat di Malaysia dihadkan tiga saja, jadi ini satu benda yang cukup mengecewakan kita, tindaan tegas kita akan ambil untuk mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Balasubramaniam Nachiappan.

Pada masa sama, Datuk Rosol turut menekankan kerjasama dengan semua agensi dilakukan bagi membendung penyeludupan minyak subsidi ke luar negara.


(Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid)

Media Baharu