fb fb fb fb fb

KPDN terima sembilan aduan Budi MADANI RON95

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang/RTM

BUKIT MERTAJAM, 30 Oktober - Sembilan aduan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang berkaitan Budi MADANI RON95.

Pengarahnya S. Jegan berkata hasil siasatan mendapati kesemua laporan berpunca daripada kesilapan teknikal pengguna, termasuk aduan berkaitan isu sukatan petrol tidak selari dengan amaun isian.

Beliau menegaskan KPDN sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan isu tersebut tidak berlaku.

"Sejak bermula sampai setakat ini, apabila disemak ada sembilan aduan. Aduan hanya berkaitan jumlah tidak cukup, isi motor RM3, liter dia sepatutnya tunjuk banyak ni. Pegawai KPDN telah turun untuk mengendalikan aduan tersebut dan ujian telah dilakukan. Kami mendapati jumlah itu sebenarnya cukup. Perasaan dia saja yang rasa tak cukup, rupanya di motor tu dia tengok berdasarkan meter motor.

"Apabila ada sebarang aduan pegawai KPDN akan turun ke mana tempat itu, dan kami akan buat pemeriksaan bagi memastikan sama ada kuantiti minyak tu betul atau tidak," kata beliau dalam Sidang Media Program Pelupusan Ekshibit Mega KPDN Pulau Pinang 2025 di Kompleks Penyimpanan KPDN Pulau Pinang di Bukit Mertajam.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ