fb fb fb fb fb

KPDN Johor lupus barangan tiruan berjenama

Lilis Saslinda Pornomo

KULAI, 7 Februari- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor melupuskan hasil rampasan pelbagai barangan tiruan berjenama dalam 226 kes tahun lalu melibatkan nilai hampir RM6.5 juta.

Daripada jumlah tersebut, lebih RM567,000 berjaya dikutip dan dijadikan hasil kerajaan.

Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo berkata, kesemua barangan rampasan melibatkan pelanggaran mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Cap Dagang 2019 yang diadukan oleh pemilik cap dagangan terbabit.

"Apabila telah selesai kes itu dan telah mendapat keputusan daripada mahkamah dan sebagainya makanya ada arahan daripada pihak berkuasa untuk ia segera dilupuskan.

"Pada hari ini lebih kurang 3,000 lebih unit yang bernilai lebih RM200,000 melibatkan pelbagai jenis barangan seperti pakaian, kasut, beg tangan, wayar kabel, minyak wangi dan sebagainya," katanya selepas program pelupusan ekshibit tahun 2023 di Kompleks Penyimpanan Ekshibit Johor di sini.

Hasil kompaun dan denda akibat penjualan barangan berjenama tiruan yang kebanyakannya dijual secara dalam talian mencecah RM1.06 juta tahun lalu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI