fb fb fb fb fb

KKR akan manfaatkan peruntukan, demi kemudahan asas rakyat - Alexander

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Kementerian Kerja Raya (KKR) bakal memanfaatkan peruntukan sebanyak RM9.511 bilion melalui Belanjawan 2024 yang dibentang, baru-baru ini.

Menurut Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, beliau komited membelanjakan peruntukan itu bagi kelangsungan industri pembinaan dan infrastruktur awam di negara.

"Dengan pertambahan bajet ini, sekurang-kurangnya kita boleh buat lebih banyak lagi untuk menangani masalah kerosakan jalan yang sudah sekian lama, mungkin tidak dapat dibaiki."

"Saya harap akan diluluskan di Parlimen nanti. Kami akan menggunakan sepenuhnya untuk kegunaan tertentu lebih-lebih lagi untuk memastikan jalan-jalan kita ni selesa dan selamat digunakan oleh pengguna jalan," kata Alexander kepada pemberita selepas ditemu bual dalam Program Naratif Khas di Angkasapuri Kota Media.


(Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi)

Secara keseluruhannya, KKR menerima peningkatan 12.7 peratus berbanding RM8.439 bilion pada Belanjawan 2023.

Dengan pertambahan tersebut, ia mencerminkan kerajaan dalam usaha meningkatkan darjat hidup rakyat melalui penyediaan kemudahan asas bertaraf dunia.

Media Baharu