fb fb fb fb fb

KKM komited realisasi RUU Kawalan Produk Merokok

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Kementerian Kesihatan komited memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan di Parlimen.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, langkah itu penting bagi memastikan kawalan terhadap produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape serta pelaksanaan peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG).

"Komitmen KKM adalah amat tinggi dalam melaksanakan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Kami mahu melihat RUU ini dapat dibentangkan dan diluluskan dalam mewujudkan kawalan.

Selain itu, kementerian akan sedaya upaya memastikan segala pandangan ahli parlimen akan diambil berat," kata Lukanisman di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Lim Pay Hen.

Pelaksanaan RUU itu katanya perlu disegerakan memandangkan peningkatan pengguna rokok elektrik dalam kalangan remaja dan wanita semakin meningkat.


(Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni)

Media Baharu