KKM giat perluas sistem kesihatan digital negara

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berucap merasmikan Persidangan Kesihatan Awam Asia-Pasifik Ke-9 di Johor Bahru/Foto Facebook Hanifah Hajar Taib

JOHOR BAHRU, 6 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) giat memperluas penggunaan teknologi digital dalam sistem kesihatan awam bagi memastikan rakyat menikmati akses rawatan yang lebih cekap, inklusif dan berkualiti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Teknologi dan data bersepadu digunakan untuk merapatkan jurang antara perkhidmatan kesihatan awam dan swasta.
  • Kesihatan digital mesti boleh diakses, inklusif dan responsif; jika disalahgunakan, teknologi boleh memperluas jurang sedia ada.
  • Melaksanakan Clinic Management System (CCMS) untuk mendigitalkan rekod pesakit, menyelaraskan giliran doktor dan memudahkan perkongsian rekod.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib, berkata usaha itu turut merapatkan jurang antara perkhidmatan kesihatan awam dan swasta menerusi penggunaan teknologi serta data bersepadu.

“Perkhidmatan kesihatan digital mesti boleh diakses, inklusif dan responsif terhadap keperluan semua komuniti.

“Jika kita tidak berhati-hati, teknologi boleh meluaskan jurang yang sedia ada. Namun, jika dimanfaatkan dengan bijak, ia mampu menjadi antara alat paling berkesan untuk memperkukuh ekuiti kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Kesihatan Awam Asia-Pasifik Ke-9 di Johor Bahru, hari ini.

Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah Clinic Management System (CCMS) di klinik kerajaan bagi mendigitalkan rekod pesakit, menyelaraskan sistem giliran doktor serta memudahkan perkongsian rekod pesakit antara klinik.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.