fb fb fb fb fb

KKDW akan peruntuk dana, tambah baik benteng Sungai Tiang

Foto FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 6 Oktober-Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memperuntukkan dana khusus bagi penambahbaikan benteng penahan ombak di Sungai Tiang.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan mengambil langkah proaktif dalam menangani kerosakan itu.

"Fenomena air pasang besar yang berlaku baru-baru ini telah menyebabkan kerosakan pada benteng penahan ombak dan jika tidak diatasi segera, ia mungkin akan memberi kesan kepada kawasan kebun dan rumah penduduk sekitar.

"Saya berharap inisiatif ini dapat mengelakkan kerosakan lebih besar kepada prasarana di kawasan sekitar dan memastikan keselamatan penduduk setempat. Semoga usaha ini akan membawa kebaikan kepada komuniti Sungai Tiang dan sekitarnya," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM