fb fb fb fb fb

Kira-kira 1,500 guru baharu lapor diri di Sarawak, Januari depan

Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Omar Mahli (dua dari kiri) / Foto RTM

KUCHING, 30 Disember- Kira-kira 1,500 lantikan guru baharu akan berkhidmat di Sarawak mulai tahun depan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata kumpulan guru baharu itu dijangka melapor diri seawal pertengahan Januari ini.

"Daripada 12,000 itu, kita hanya memerlukan dalam lingkungan 1,500 lebih. 1,200 orang guru ditempatkan di sekolah rendah manakala selebihnya di sekolah menengah.

Mereka akan ditempatkan di seluruh Sarawak," kata Omar kepada pemberita, hari ini.

Beliau menjelaskan perkara itu kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya, pagi tadi.

Kunjungan sulung itu diadakan sebagai pemakluman pelantikan beliau sebagai Pengarah Pendidikan Sarawak yang baharu.

Beliau mula melapor diri pada 2 Disember lalu menggantikan Datu Dr. Azhar Ahmad yang bersara wajib pada November lepas.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM