
SEBERANG PERAI, 18 Mac – Semakin ramai individu menunjukkan kesedaran terhadap kepentingan pencegahan jenayah khususnya ketika musim perayaan dan mendaftar bawah inisiatif Volunteer Smartphone Patrol (VSP).
- Sejak 2017 hingga 2025 seramai 159,000 penduduk mendaftar bawah inisiatif VSP.
- Tahun ini, 700 penduduk tampil sebagai pendaftar baharu.
- Polis mengenal pasti rumah yang ditinggalkan dan tempoh ketiadaan penghuni untuk tujuan keselamatan.
- Rondaan dipertingkatkan menggunakan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB); tiada kes pecah rumah dicatatkan bagi 75 pendaftar.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, sejak 2017 hingga 2025 seramai 159,000 penduduk negeri itu telah mendaftar bawah inisiatif berkenaan.
Tahun ini sahaja, 700 lagi penduduk negeri itu tampil sebagai pendaftar baharu. Melaluinya, polis dapat mengenal pasti kediaman yang ditinggalkan serta
tempoh ketiadaan penghuni.
Ia sekali gus membolehkan rondaan pihak PDRM dipertingkatkan.
“Daripada jumlah itu, seramai 75 yang mendaftar dengan kita, dan sepanjang tempoh tersebut tiada kes pecah rumah dilaporkan. Semuanya dalam keadaan selamat.
“Apabila orang ramai mendaftar, kita dapat mengenal pasti rumah yang ditinggalkan serta tempoh ketiadaan penghuni. Ini membolehkan kita menggerakkan unit Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) untuk melakukan rondaan dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Op Selamat 26 Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 di Plaza Tol Juru di sini.