‘Dialog Negara’, ruang awam kongsi pandangan konstruktif

Ketua Pengarah Penyiaran Ashwad Ismail melancarkan Program Salam Baitullah Musim 2026 di sebuah hotel di Shah Alam.

SHAH ALAM, 22 April – Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menerbitkan satu program bicarawara baharu ‘Dialog Negara’ yang bakal bersiaran mulai Mei ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dialog Negara menjadi ruang awam untuk berkongsi pandangan secara konstruktif.
  • Program menggalakkan penglibatan masyarakat dalam wacana nasional mengenai isu semasa.
  • RTM mahu memberi suntikan kesegaran kepada perbualan negara dan menyatukan pelbagai suara.
  • Dialog membolehkan pelbagai perspektif diketengahkan, termasuk isu tenaga global.

Ketua Pengarah Penyiaran, Ashwad Ismail berkata program itu bakal menjadi ruang awam untuk berkongsi pandangan secara konstruktif, sekali gus menggalakkan penglibatan masyarakat dalam wacana nasional mengenai isu-isu semasa.

“Apa yang kita lakukan ini adalah untuk memberi suntikan kesegaran dari segi perbualan negara dan RTM selaku media menjadi titik untuk menyatukan semua suara. Dalam konteks ini kita faham kita sedang berdepan dengan satu krisis tenaga global dan dialog negara ini akan menjadi satu ruang awam untuk melontarkan pendapat dan perspektif pelbagai suara.

“Dan kita ingin menggabungkan dan menyatukan suara-suara ini untuk berbincang. Sebab itu RTM menampilkan dialog negara dan insya Allah kita akan memulakan dialog negara pada bulan Mei,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Salam Baitullah Musim 2026 di Shah Alam.