KUALA LUMPUR, 1 Januari - Penunggang motosikal antara penyumbang utama kesalahan melanggar isyarat lampu merah.
Kesalahan itu, antara yang sering dilakukan pengguna jalan raya sepanjang tahun lalu.
Demikian didedahkan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain.
Susulan itu 48,798 saman dikeluarkan oleh pihaknya.
Beliau berkata demikian semasa menjalankan Op Khas Ambang Tahun Baharu 2022 di Plaza Tol Sungai Besi, di Ibu Negara.