fb fb fb fb fb

Kerjasama strategik selesaikan konflik antara nelayan

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang Kapten Razali Kasim (tengah) menyaksikan Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang Mahadi Md Rodzi (kanan) bersalaman dengan Pengerusi Persatuan Nelayan Pukat Tunda Pulau Pinang Tan How Chai (kiri)/ Foto BERNAMA

GEORGE TOWN, 21 Ogos- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang mengambil inisiatif dengan melaksanakan kerjasama strategik dalam menyelesaikan konflik antara Persatuan Nelayan Pukat Tunda dan Persatuan Nelayan negeri itu melaksanakan kerjasama strategik berhubung isu pencerobohan kawasan penangkapan ikan.
 
Menerusi kerjasama itu kedua-dua pihak nelayan diberi penjelasan secara terperinci berkenaan syarat-syarat penangkapan ikan di kawasan yang telah ditetapkan.

Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang Kapten Razali Kasim berkata, berdasarkan syarat ditetapkan, nelayan pukat tunda tidak boleh menangkap ikan dalam kawasan 5 batu nautika dari pantai dan tindakan mereka menyebabkan nelayan pantai sukar mendapat hasil laut.

Biarpun kerjasama ini telah dilakukan namun tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang melanggar syarat lesen.

"Apa yang saya buat adalah melaksanakan operasi dahulu, kemudian memberi penerangan dengan bertemu setiap unit setiap persatuan secara berkumpulan.

"...dan saya tetapkan sasaran untuk nelayan pukat tunda memang sepatutnya tidak dibenarkan langsung menarik pukat bawah 5 batu nautika dari pantai. Jadi saya ketua atau pengerusi pukat tunda sebelum bertemu dengan unit-unit bawah," katanya dalam sidang media selepas perbincangan antara kedua-dua persatuan nelayan itu di sini.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PenMutiara) Mahadi Md Rodzi dan Pengerusi Persatuan Nelayan Pukat Tunda Pulau Pinang Tan How Chai serta ahli kedua-dua persatuan nelayan.

Hasil daripada usaha yang dijalankan itu, pihaknya mendapati tiada lagi kes pencerobohan kawasan penangkapan ikan di kawasan pantai oleh nelayan pukat tunda.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI