
BATU PAHAT, 17 April – Kerja pembinaan lapis lindung ombak di Kampung Berong Laut, Skim Rengit, di sini giat dilaksanakan susulan kejadian ban pantai pecah akibat ombak kuat dan air pasang besar pada 6 November lalu.
- Keadaan tanah lembut menyebabkan mendapan tanah tambakan; situasi dipantau rapi untuk mengenal pasti kaedah terbaik menangani masalah.
- Faktor lain dikenal pasti termasuk keadaan air laut, cuaca tidak menentu dan hakisan ombak yang menyumbang kepada kerosakan.
- Kerajaan negeri akan terus memantau pelaksanaan projek supaya ia diselesaikan sebaiknya demi keselamatan penduduk setempat.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kejadian itu memberi kesan kepada penduduk setempat, sekali gus memerlukan tindakan segera bagi mengukuhkan benteng pantai.
Menurut beliau, bagaimanapun keadaan tanah lembut di kawasan berkenaan menyebabkan berlaku mendapan tanah tambakan dan situasi itu kini dipantau rapi bagi mengenal pasti kaedah terbaik untuk menanganinya.
Tambahnya, antara faktor lain yang diKenal pasti termasuk keadaan air laut, cuaca tidak menentu serta hakisan ombak.
“Pihak kerajaan negeri akan terus memantau pelaksanaan proJek ini agar ia dapat diselesaikan sebaiknya demi keselamatan penduduk,” katanya.
Sebelum ini, kerja menutup sepenuhnya bahagian ban yang pecah telah dilaksanakan pada 14 JaNuari lalu, selain penambakan tanah setinggi tiga meter bagi mengukuhkan benteng.