Kerja-kerja mitigasi banjir di Muar dipercepat

Foto Facebook Mohamad Fazli

MUAR, 29 Julai – Pelaksanaan kerja-kerja mitigasi banjir di Muar dipercepatkan, menerusi peruntukan kecemasan sebanyak RM400,000, bagi melancarkan aliran air dan mengurangkan risiko banjir berulang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembersihan dan pendalaman Parit Haji Subari, laluan Parit Jamil ke Parit Bulat (3.375 km) dan Parit Seri Menanti ke Bulat (1.3 km).
  • Pintu air dibuka sepenuhnya; operasi diperkukuh dengan pam tambahan berkapasiti 560 liter sesaat untuk mempercepatkan pengaliran ke laut.
  • Pemantauan pelaksanaan diteruskan, Exco meninjau kawasan terjejas dan mengucapkan penghargaan kepada petugas serta sukarelawan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi, Mohamad Fazli Mohamad Salleh menerusi hantaran Facebook memaklumkan, kerja-kerja pembersihan dan pendalaman Parit Haji Subari sedang dilaksanakan.

“Ia melibatkan laluan dari Parit Jamil ke Parit Bulat, sepanjang 3.375 kilometer dan dari Parit Seri Menanti ke Parit Bulat, sepanjang 1.3 kilometer.

“Manakala pintu air dibuka sepenuhnya dan operasi diperkukuhkan dengan pam tambahan berkapasiti 560 liter sesaat bagi mempercepatkan pengaliran air keluar dari kawasan terjejas ke laut.

“Pemantauan pelaksanaan kerja-kerja berkenaan diteruskan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk,” menurut hantaran itu.

Pada Isnin Mohamad Fazli meninjau kawasan terjejas akibat banjir bersama Pengarah JPS Negeri Johor, Jurutera Daerah JPS Muar dan Jurutera Daerah JKR Muar.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua petugas serta sukarelawan yang terlibat dalam operasi bantuan banjir.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.