Kerajaan belum bercadang laksana semula GST bagi melindungi rakyat

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Kerajaan belum bercadang melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi mengelakkan tekanan tambahan terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

RINGKASAN BERITA AI
  • GST bersifat regresif kerana cukai berasaskan penggunaan, bukan pendapatan.
  • Individu berpendapatan berbeza yang berbelanja sama tetap membayar jumlah GST sama.
  • Kenyataan itu dibuat sebagai jawapan kepada soalan Senator Robert Lau Hui Yew di Dewan Negara.
  • Kerajaan hanya akan mempertimbang semula GST selepas median gaji rakyat mencapai RM4,000, menurut Perdana Menteri.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, GST bersifat regresif kerana cukai itu dikenakan berdasarkan penggunaan tanpa mengambil kira tahap pendapatan pengguna.

“Sekiranya seseorang berpendapatan RM20,000 sebulan berbelanja RM2,000, manakala individu berpendapatan RM5,000 dan RM2,000 turut membelanjakan jumlah sama, ketiga-tiganya membayar cukai yang sama. Ini kerana GST berasaskan penggunaan, bukan pendapatan,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu bagi menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew di Dewan Negara.

Jelasnya lagi, kerajaan hanya akan mempertimbang pelaksanaan semula GST selepas median gaji rakyat mencecah RM4,000, selaras dengan ketetapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.