fb fb fb fb fb

Kerajaan utamakan libat urus negeri, tentukan projek pembangunan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos- Kerajaan menegaskan pendekatan inklusif dengan mengadakan libat urus bersama kerajaan negeri dalam menentukan keutamaan projek pembangunan di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa cadangan negeri turut diambil kira, walaupun kadangkala berbeza dengan keutamaan Kementerian Kewangan.

“Sebab itu, untuk mempersiapkan Rancangan Malaysia ke-13 dan Belanjawan, saya turun ke negeri untuk mendengar dan menilai keutamaan yang dicadangkan menteri besar termasuk Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah.

"Perkara itu kadang-kadang berbeza dengan keutamaan menteri kewangan tapi saya jamin satu dua keutamaan mereka akan diterima dan ini insya-Allah akan saya umumkan dalam Belanjawan, Oktober ini," katanya.

Jelasnya, proses libat urus itu membolehkan keutamaan projek berskala besar di setiap negeri disesuaikan dengan agenda pembangunan nasional, sekali gus menolak persepsi bahawa ada negeri yang dipinggirkan dalam perancangan pusat.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello