fb fb fb fb fb

Kerajaan pertimbang beri imbuhan kepada skuad Harimau Malaya

(FOTO FAM)

KUALA LUMPUR, 15 Jun- Kerajaan mempertimbang untuk memberi imbuhan kepada skuad Harimau Malaya atas kejayaan layak ke Piala Asia 2023.

Ini kerana kemenangan terbabit merupakan sesuatu yang istimewa memandangkan kali terakhir Malaysia layak ke kejohanan itu adalah pada tahun 1980.

"Insya-Allah saya akan bincangkan perkara itu dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta akan turut berbincang bersama FAM,

"Ia mengenai keraian atau apa-apa sumbangan yang akan diberikan, kita akan berbincang mengenainya," katanya kepada pemberita selepas hadir dalam persidangan Parlimen Belia di Bangi.

Ismail Sabri berharap skuad Harimau Malaya mampu mencatat keputusan terbaik dalam aksi Piala Asia 2023.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menghadiri perlawanan Malaysia-Bangladesh
di Stadium Nasional, Bukit Jalil/ Foto FAM)

"Ini cuma ujian pertama yang kita lepasi, ujian lebih besar adalah pada Piala Asia nanti untuk dapatkan tempat (keputusan) terbaik dalam pertandingan.

"Diharapkan semangat juang ini dapat diteruskan untuk mengembalikan nama Malaysia di peringkat antarabangsa terutama sekali di peringkat Asia," katanya.

Skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia selepas berjaya menundukkan Bangladesh 4-1 semalam.

Media Baharu