Kerajaan percepat urusan dokumen mangsa kebakaran Numbak

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil / Foto RTM

PUTRAJAYA, 2 September – Usaha mendapatkan semula dokumen rasmi kewarganegaraan bagi kesemua mangsa yang terkesan akibat kebakaran di tiga kampung di Numbak, Kota Kinabalu pada Ahad lalu, kini giat dilaksanakan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan mempergiat penyaluran bantuan lain yang diperlukan secara berperingkat.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud memaklumkan kebakaran memusnahkan 202 rumah melibatkan 110 ketua isi rumah.
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan semua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara.
  • Kebakaran awal pagi Sabtu mengorbankan tiga kanak-kanak, termasuk dua perempuan, dan melibatkan lebih 200 rumah di tiga kampung Numbak.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata kerajaan turut mempergiat penyaluran bantuan lain yang diperlukan secara berperingkat.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud memaklumkan mengenai kejadian kebakaran yang memusnahkan 202 rumah melibatkan 110 ketua isi rumah di Kampung Numbak.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat turut memaklumkan kesemua mangsa terkesan telah ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Dalam kejadian kebakaran awal pagi Ahad, tiga kanak-kanak termasuk dua perempuan terkorban dalam kebakaran yang melibatkan lebih 200 rumah di tiga kampung di Numbak, Kota Kinabalu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.