
KUALA LUMPUR, 2 September – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berada dalam keadaan bersiap siaga meliputi aspek anggota serta logistik bagi menghadapi penugasan ke Nepal.
- Persiapan meliputi kecergasan fizikal dan mental, peralatan khas, sistem komunikasi dan keperluan kesihatan untuk operasi di lapangan.
- Kesiapsiagaan membolehkan SMART diatur gerak mengikut bentuk dan skala penugasan apabila diarahkan.
- Nepal belum menetapkan jumlah anggota; SMART sedia digerakkan dalam kekuatan ringan, sederhana atau skeleton.
- Misi bergantung pada permintaan Nepal, sama ada fokus mencari dan menyelamat atau bantuan kemanusiaan dan bencana.
Komander SMART Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB 1), Abdul Manaf Che Isa menerusi kenyataan menyatakan persiapan pasukan merangkumi aspek fizikal dan mental anggota, selain peralatan khusus, sistem komunikasi juga keperluan kesihatan yang menyokong operasi di lapangan.
“Kesiapsiagaan itu membolehkan SMART diatur gerak mengikut bentuk dan skala penugasan yang diperlukan sekiranya mendapat arahan bagi melaksanakan misi berkenaan.
“Selain itu, Kerajaan Nepal setakat ini belum menetapkan jumlah anggota yang diperlukan dan SMART bersedia untuk digerakkan dalam kekuatan pasukan sama ada ringan, sederhana atau secara skeleton.
“Misi itu juga bergantung kepada Nepal, sama ada fokus kepada mencari dan menyelamat (SAR) atau misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR),”menurut kenyataan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan Kerajaan MADANI memutuskan untuk menghantar SMART ke Nepal bagi membantu operasi SAR susulan bencana banjir yang melanda negara itu.