
SIMUNJAN, 2 Sept – Kawasan kebun tanah gambut seluas 3.5 hektar di Kampung Lubok Punggor di sini dilaporkan terbakar sejak Isnin lalu, dengan operasi pemadaman kini memasuki hari ketiga.
- Sembilan anggota dan sebuah jentera BBP Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi untuk operasi kawalan kebakaran.
- Pasukan bomba berjaya memadamkan dua hektar kawasan sehingga petang tadi.
- Operasi menghadapi cabaran bekalan air terhad, anggota menggunakan air pasang dari parit berhampiran.
- Pemutus api digunakan; operasi ditangguhkan pada 6.30 petang atas faktor keselamatan, disambung esok untuk padam baki 1.5 hektar.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, seramai sembilan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan kerja mengawal kebakaran.
Sehingga petang tadi, pasukan bomba berjaya memadamkan kawasan seluas dua hektar.
Bagaimanapun, operasi menghadapi cabaran berikutan sumber air yang terhad, memaksa anggota menggunakan bekalan air pasang dari parit berhampiran.
Bagi menghalang api daripada terus merebak ke kawasan berhampiran, pihak bomba turut menggunakan kaedah ‘fire break’ (pemutus api).
Operasi pemadaman ditangguhkan pada pukul 6.30 petang tadi atas faktor keselamatan dan akan disambung semula esok bagi memadamkan baki 1.5 hektar kawasan yang masih terbakar.