fb fb fb fb fb

Kempen Satu Rumah Satu Jalur Gemilang, pupuk semangat cintakan negara

Foto BERNAMA

KUALA NERUS, 9 Ogos - Orang ramai di Terengganu diseru menyahut Kempen Satu Rumah Satu Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Kempen itu bertujuan memupuk semangat cintakan negara serta menggalakkan rakyat menzahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

Timbalan Pengarah Pembangunan Persekutuan Pengurusan Negeri Terengganu, Azhar Abd Hamid berkata, melalui kempen itu, setiap rumah digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan kediaman masing-masing sebagai simbol perpaduan dan tanda sokongan kepada negara.

Selain itu, orang ramai turut digalakkan memasang jalur gemilang di kenderaan, premis perniagaan dan pejabat masing masing sepanjang bulan ini.

Beliau berharap badan bukan kerajaan, suri rumah, sekolah dan institusi pengajian tinggi dapat memainkan peranan aktif bagi memastikan kempen itu berjaya.

"Jadi, gunakan peluang yang ada untuk menunjukkan rasa kecintaan kita dengan modal yang tidak seberapa banyak berbanding apa yang kita peroleh daripada negara yang kita cintai.

"Saya percaya di peringkat kerajaan negeri, terutamanya selepas kita membuat pelancaran pada minggu lepas, pejabat-pejabat kita telah mengeluarkan arahan dan galakan untuk memasang bendera di setiap premis pejabat masing-masing," katanya.

Katanya ketika hadir merasmikan Majlis Peluncuran Bulan kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat negeri di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM