(Orang ramai masih memakai pelitup muka di sekitar ibu negara)
TAIPING, 2 September- Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan mengenai kelonggaran syarat pemakaian pelitup muka di negara ini dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, "KKM masih di peringkat perbincangan mengenai keperluan melonggarkan pemakaian pelitup muka seperti dilaksanakan di negara-negara lain."
Tambah beliau, "keputusan yang akan dibuat itu mengambil kira beberapa indikator COVID-19 di negara ini yang terus menunjukkan penurunan, termasuk kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan.
"Jadi, kita tidak lagi saman sesiapa yang tidak memakai pelitup muka, tetapi kita buat secara penguatkuasaan pendidikan.
"Kita nasihat untuk penjagaan sendiri.
"Insya-Allah, saya tahu ada banyak negara terutama di negara Amerika, Eropah yang tidak memakai pelitup muka." Jelas beliau ketika ditemui pemberita.
(Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan sedang melakukan
Latihan Pertolongan Cemas dan Penggunaan Alat Automated Extermal Deforbrillator (AED))
KKM juga sedia mengkaji kelonggaran pemakaian pelitup muka seperti yang dilaksana Singapura.
Sebelum ini, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, "keputusan mengenai pemakaian pelitup muka akan diputuskan KKM."
Pihaknya sudah meminta Dr Noor Azmi melihat kepada keperluan untuk pemakaian pelitup muka sekiranya situasi COVID-19 semakin menunjukkan penurunan.
Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan program Latihan Pertolongan Cemas dan Penggunaan Alat Automated Extermal Deforbrillator (AED) di Zoo Taiping.